Friday, 25 May 2012

Confidence, Do It Right.

Salam :)
Wahh ayat aku macam pakar motivasi gitu.
Oh, cakap pasal pakar motivasi, aku macam nak mengumpat diorang la.
Sejak dari umur beberapa belas tahun, aku memang ada perasaan ignorant dekat pakar motivasi dan segala butir bicara diorang. Be it Fadzilah Kamsah ke, ayam kampung ke, sesiapa je la.
If they are paid thousands to motivate me and friends, then they get the thousands, but they won't get what they are paid for. Haa, faham tak?

Macam tu lah. Disclaimer: Aku bukan nak merendahkan pakar motivasi atau kemampuan diorang tau. Yes, they are awesome in certain ways tapi aku pun awesome jugak bab menganjing diorang ni.





Contohla kan, (memang tak lari tajuk aku ni)
Pakar motivasi ni, one thing aku tak puas hati, seriously, dari segi bayaran. Like, CIRIYESLY, RM 2k untuk seorang student? Perghh air liur dia tu emas ke apa? Kalau aku tadah boleh trade in dengan BMW ke? Kind of rude bahasa kau di situ wahai perempuan.

Secondly, they just did not get the feel la. Ye lah, semua bajet graduan University of Leeds, UK, (then brag about it), or graduan University of Massachuteescikedees-ntah-apa-nama-dia-ntah? semua kan. Tapi diorang kena sedar la, diorang dibayar untuk motivate siapa? Bukan semua budak sekolah tu graduan of Leeds pun. Muka penyangak sekolah macam aku ni je ramai. Tu pun untung aku datang. Kalau aku tak datang kang kecewa. The point is, diorang sometimes tak nampak dia punya point of 'motivate' tu. Diorang ni mata duitan betul la. Tak baik buat masyarakat macam tu.

Thirdly, aku rasa dan aku yakin, tapi lebih kepada aku yakin, yang diorang ni menjual fakta yang konon awesome. Kira macam kau tunjuk kalkulator kat budak tadika la. Semua dedejut dejut, buat muka comel "Eh eh dah dapat jawapan, mana tangan kalkulator tu? Dia kira macam mana? Alololo comelnya kalkulator boleh kawen dengan Abang Teddy," haa gitu la. Most of them akan impress bebudak dengan benda yang kind of tak menarik pun sebenarnya. And diorang sangat suka bagi fakta yang aku tak tahu diorang dapat dari mana. Tapi aku suka gak la kalau diorang cakap macam "Kamu tahu tak, otak kamu ni macam iceberg (nak cakap otak aku bekulah tu sebab bodoh sangat), yang kita nampak 10% je, yang dekat bawah tu ade 90% lagi" ataupun "Otak manusia ni sangat hebat tuan tuan dan puan puan bila masa aku kawen woi, kita boleh jadi akauntan, penulis, lawyer dalam satu masa. Sebab kuasa otak kita cukup hebat. Boleh buat 100k kerja dalam satu masa"

So, dalam hati aku pun cakapla, is that so, KENAPA KAU BERDIRI DI DEPAN AKU DAN MOTIVATE AKU? KENAPA KAU MASIH DI MALAYSIA BUKAN DI TEMPAT YANG KAU BOLEH BUAT 100K KERJA? KENAPA? KENAPA?

Jadi histeria aku kejap.

Dan memang, tak pernah ada pun pakar motivasi itu bagi aku secebis kata-kata yang boleh aku bawak sampai syurga. Semua aku dah lupa. Tapi duit aku diorang guna beli kereta. Sampai hati mereka menzalimi poket saya.

Pasal confidence pulak, (ok muqaddimah memang sangat pendek tadi)
Aku admit yang kadang-kadang aku overdo benda tu. Tapi, still, better la daripada orang yang duduk menikus kan?

Confidence datang in many ways. Ada sesetengah orang, sangat pendiam. Tapi bila dia kena bercakap dekat depan, dia punya confident tu luar biasa.

Ada orang, kepochi gila. Tapi dia punya confidence down kalau duduk depan orang ramai. Macam aku, kalau dengan bebudak kelas aku boleh adapt lagi. Tapi kalau kat shopping complex ke, memang aku jadi tikus mondok.

Tapi yang penting sebenarnya adalah macam mana kita nak kawal benda ni? Aku pun macam dah overdose ubat je kadang-kadang. Cara dia, adalah know your limits la kan. Common sense jugak benda ni. Ada benda boleh buat, ada benda yang menjatuhkan air muka sendiri dan agama.

And macam mana nak develop confidence?
Seriously aku tak tahu. Aku memang jenis yang bercakap dengan semua orang kecuali dengan orang pekak aku tak bercakap la. Guna bahasa isyarat. Tapi before korang boleh redah nak kenal dengan semua orang tu, kena la make sure background dia dulu. Kalau aku, tetiba salah approve kawan kat Fb, turn out dia tu sangatlah pervert, memang confirm kena block. Janganlah confident yang anda mampu mengubahnya kalau tak mampu.

So, itu jelah post syok sendiri saya pada hari ini yang langsung tidak ilmiah. Wasalam.

Wednesday, 23 May 2012

Farah Nasiihah Roslan

Aku buat tajuk macam tu supaya bila engkau Google nama sendiri, engkau tidak kecewa.

Ini Seha. Masa muda.

So, macam agak lambat keluar post ni. Sebab birthday kau dua hari lepas. Tapi aku tak lambat wish eh.

Sempena birthday kau, aku buat post ni. Terharu? Jangan menangis eh. Aku takde masa nak pujuk.

Farah Nasiihah binti Haji Roslan dilahirkan pada 21 Mei 1993. Pada tahun 2009, beliau berusia 16 tahun. Takdir meletakkan beliau di SMK Seri Saujana. Takdir jua yang meletakkan aku di sekolah itu.

Macam mana aku kenal dia? Aku pun dah lupa. Tapi dia ni jenis yang; hanya orang kenal dia tahu betapa gila dia boleh jadi. Seha (nama manja) ni jenis yang kelakar gila. Lagi kelakar daripada aku. Kalau dia buat lawak, sampai sekarang aku gelak. Hahaha.

Lagi, Seha ni baik sangat. Masa aku Form 4, aku jahat kot. Agak-agak zaman kejatuhan akulah. Tapi Seha tetap kawan dengan aku. Walaupun dia baik gila, tapi dia percaya yang kejahatan aku tak mengurangkan kebaikan dia. Tapi mungkin dia risau jugak kot-kot kawan dengan aku jadi jahat jugak? Haha.

Hmm lagi kan. Seha walaupun dia pengawas, dia suka bangun lambat, siap lambat and bla bla bla. Sorry ah Seha kalau aku tertinggal kau kadang-kadang. Memang kau tak lambat pun, aku yang cepat sangat. Haha.

Lagi satu, Seha ni kalau takde benda nak cakap dia diam je. Risau aku kadang-kadang. Tapi kalau dia dah mula tu, tak reti aku nak stop. Haha.

Seha dia suka tanya aku macam-macam. Aku pun suka jawab soalan-soalan bernas dia tu.

Masa aku nak pindah, aku paling ingat kat Seha ah. Ye lah, kawan kan. Sedih memang sedih, tapi takpe. Pengorbanan aku berbaloi, kot?

Seha, aku tahu kau kuat. Tapi kadang-kadang kena menangis jugak kan. Nanti ada masa kita jumpa.
Seha, the time is always NOW. If you want to say that you love someone, say it NOW. I f you want to say you miss someone, say it NOW. If you want to embrace someone, do it NOW. Because now is certain, the time that we have. Don't regret if you did not use the NOW time.

Sanah helwah :)

Wednesday, 9 May 2012

Surat Cinta Untuk AWAK

Salam.

First of all, saya nak bagitahu awak, yang saya cemburu sangat-sangat. Jalan dekat belog orang lain, semua tulis pasal boyfriend they allz giteww.

Awak, tiap kali saya tengok macam tu, rasa rindu terhadap awak bertambah. Sungguh saya rindukan awak, tapi mungkin tak sehebat rindu awak pada saya. Setiap malam saya teringatkan awak. Saya doakan kesejahteraan awak. Saya harap awak masih ada di sini :')

Awak, setiap hari saya tengok dekat Fesbuk orang bercinta. Letak gambar dengan boyfriend. Tapi saya tak mampu buat begitu. Awak dah pergi dulu, dengan cinta dan rindu yang awak bawa. Sungguh saya rindu.

Awak. Boyfriend they allz sweet sangat. Makan pun bersuap-suap. Sekarang kan awak, tak payah tunggu makan beradab masa walimah tu pun. Masyarakat sangat terbuka. Bersuaplah. Berpeluk ciumlah. Tiada siapa nak halang. Bila saya tengok tu, saya teringat awak dulu. Awak berlapar sebab nak saya cukup makan. Baiknya awak :'(

Awak. Kalau awak ada, mungkin saya tidak akan secemburu ini. Tapi tak mengapa, saya akan bawa cinta dan rindu ini hingga kita bertemu nanti. Saya akan mencintai awak sehingga nyawa terpisah daripada badan. Walaupun saya tahu, cinta awak adalah lebih hebat daripada itu. Berikan saya syafaat nanti.

Ini, hadiah saya untuk awak :)

Perbanyakkanlah selawat kepada Rasulullah, lebih daripada kita memuji boyfriend kita sehari-hari.  Sesungguhnya cinta Baginda cukup agung!

Sunday, 6 May 2012

A Tribute to The Awesome

Tamhidi sudah habis. Aku agak emotionless lah. Tapi, believe me, aku ada nangis haha. So jangan nak meng-heartless-kan aku sesuka hati tau, aku heartmore :)

So, macam-macam yang dah kita lalui. Suka duka, menangis ketawa, siuman atau gila, semua dah dilalui.
Kepada sesiapa yang pernah tanya soalan, "Bila Tamhidi nak habis?", kau dah dapat jawapannya :')

Aku sebenarnya tak tahu nak react macam mana. Korang ada yang menangis, ada yang buat tak kisah, ada yang terlebih suka. Tapi aku, perasaan tu berbaur-baur. Aku gembira sebab aku cuti berbulan-bulan dan kuruskan badan aku balik @ menggugurkan anak yang dikandung selama, oh mai god, memang ada 9 bulan nih! Haha.  (OK ayat ni awkward). Then aku sedih sebab aku kena tinggalkan kawan-kawan aku, yang selalu buat aku bengang. Bukan nak buat aku happy pun. HAHA, tipu tipu. Lagi, aku resah dan gelisah nak tunggu result. Lagi, aku bingung nak buat apa. Lagi, aku bengang sebab dekat rumah, aku dah jadi macam peserta program intensif orang gaji yang nak dihantar ke Arab Saudi. Dan, program cara menguruskan stress dengan adik-adik tanpa menggunakan rotan. Dan, cara mengawal emosi untuk tidak mengamuk dan meruntuhkan sebuah rumah milik tuan tanah di Kg. Kuantan, Bt. 4, Gombak.

Dan, aku pun tengah nak menulis banyak-banyak tapi ada writer's block sikit. Mungkin kata-kata Muiz bahawa aku perlu tulis pasal Tutorial 2 itu betul. MUNGKIN.

Dan, aku dekat rumah kena berperang dengan emosi sikit. Sabarlah hati ya, satu hari nanti akan ada orang selamatkan awak :)

K fine, tak nak membebel panjang walaupun memang dah panjang. I present you, hidup dan mati aku semasa Sem. 2! (yang Sem. 1 jangan kecik hati, korang hidup separuh mati) *drumroll*

Paling comel
*Nama tak disusun mengikut kadar cinta tertentu*

Firdaus : Thanks sebab jadi ketua group yang paling gentleman dekat dunia. Aku sentiasa berdoa agar semua lelaki macam kau. Over tak doa aku? Haha.

Muiz : Speechless. K thanks bye. Haha. Takdelah, thanks sebab selalu jugak kutuk aku. Aku suka sangat. *tangan ke bahu mata ke atas*

Shukur : Kau memang PM yang baik. Kalau kau lah PM Malaysia, pasti perhimpunan BERSIH tak ada. Perhimpunan KURUS mungkin ada.

Najib : Thanks sebab suka menjatuhkan semangat aku. Haha. Takdelah, aku harap kau dapat sambung ambik Bahasa Arab pastu tolonglah ajar aku Arab banyak-banyak.

Muzakkir : Terima kasih sebab suka buat muka dalam kelas dan kadang-kadang gelakkan aku. Kau ni nampak je pendiam kan -.-

Roy : Kaularh yangx ajawr aquh bahasew rempiwt. Thanks, ini satu sumbangan terhadap industri bahasa tanah air. Haha, btw, kau pun kawan yang baik. (Tengok aku puji kau, suka hati kau kutuk aku kan)

Husaini : Thanks sebab ajar aku bahawa dalam dunia ni pun ada laki macam kau. Haha, bodoh gila ayat aku ni.

Hami : Thanks sebab jadi aku punya lip-sync tiap kali aku present Aghab. Thanks sebab betulkan tiap kali aku salah sebut. Sungguh berjasa.

Syazwan : Thanks sebab selalu jugak bagi aku tumpang kereta di saat aku sesak dan emergency.

Fadzil : Thanks sebab buat aku rasa "K general knowledge aku defeated"
Dan kau banyak resembles bapak aku bila kau cerita pasal Sejarah. Ngehehe.

Nadiyah : Thanks sebab banyak satu group dengan I, and thanks sebab suka palingkan muka bila aku buat muka comel. Tandanya kau memang dah tergoda la tu kan.

Syakirah : Thanks sebab banyak belanja aku. Semoga bahagia. (Pergh ayat macam kau nak kahwin esok)

Hamidah : Thanks sebab walaupun kau penat tapi tetap naik ghumah aku buat assignment.

Aisyah : Anda memang penolong ketua kelas paling comel dekat dunia. Thanks sebab ajaq kami Fiqh naa!

Saadah : Kau memang ceti haram paling aku takuti. Haha, thanks sebab kau baik gila. (Eh kejap hutang kau dengan aku dah bayar ke belum (yang aku baling dari tingkap harituh)?) HAHA.

Umi : Thanks for scrapbook yang disiapkan. Appreciate sangat2! :)

Maryam : Terima kasih sebab tunjukkan kat aku yang anak murid boleh jadi lebih hebat dari guru! Awesome kau. Haha.

Haziqah : Thanks sebab selalu teman aku, and kau memang perempuan Melayu terakhir.

Azieda : Thanks sebab bagi aku peluang untuk berkawan dengan kau, another half of my heart. Auuww geli geli.

Ana : Thanks sebab selalu menghanjing aku dan menjadi orang paling prihatin terhadap kandungan aku!

Hidayah : Hidayah baik sangat :) Thanks sebab buat kita rasa segan kawan dengan orang baik! lease do not blame yourself anymore eh.

Afiqah : Thanks sebab jadi partner debat yang baik. Kau pun sama macam Maryam, lawan cikgu. Haha.

Aisyatul : Thanks sebab bagi kita tengok betapa indahnya jadi perempuan solehah!

Hamiezan : Thanks sebab jadi partner aku menggedik! Haha, good luck :)

Fatimah : Thanks sebab jadi mama saya :) Saya sayang Mama!

Faiqah : Awak pun, jaga diri baik-baik! Awak kena makan banyak-banyak, nanti saya bagi awak doktor hensem-hensem biar awak dengar cakap sikit. Haha.

Misc:

Of course, untuk sesiapa yang selalu bagi pinjam kereta/motosikal saat aku kesempitan.

Untuk ex-housemate tersayang: Bid (otai), Sa'adah (comel), Adibah (cikgu bahasa Tranung), Mas (anime-lover), Nabilah (muslimah idaman), Nadiah (kaki study), Yana (sempoi). Korang pun pernah mengisi hari-hari aku and aku sayang korang :)

Untuk housemate, Ainul and Meny, korang rock sangat-sangat! Yang buatkan aku lupa kejap cakap KL and selalu jaga kebajikan aku di mana sahaja aku berada :)
Semoga berjaya dalam kisah cinta masing-masing!

Untuk semua students Tamhidi, yang keji, yang puji, yang kenal, yang buat-buat tak kenal dan segalanya,
Terima kasih sebab mengajar aku erti hidup di unibersiti!

Untuk AWAK; sebelum umur 23 ye! Haha. Sila update blog itu dan anda pun kawan saya yang baik di Tamhidi. Jangan buat saya langgar apa apa lagi. Berdosa hukumnya.

See you, and aku harap masa aku besar nanti, yang doktor tolonglah consult aku at no cost, yang lawyer tolonglah help aku at no cost, yang accountant tolonglah jangan black list aku at no cost, yang saintis tolonglah kaji penyakit malas aku at no cost, yang dentist tolong jaga gigi aku at no cost!

Bye korang :')

Friday, 10 February 2012

And Day Goes On...

*WARNING: This post is gonna be boring. Tak intelektual langsung.

Tadi baca post ini and my heart is like, GIMME FIVE Hanis! Finally, ada juga geng aku. Ingatkan aku seorang je yang terlalu pandai untuk melayan cerita-cerita itu.

Theehee. Di sini saya ada pesanan khidmat masyarakat, TOLONG jangan letak lagu automatik dalam belog. Anda boleh buat orang sakit jantung.

Okaylah, main reason aku post ni sebabnya sangat bosan, takda benda nak buat, dan blog pun dah bersawang. 

Jadi untuk menghilangkan kebosanan tu aku pun nak ceritalah pasal diri ini.

Dan ini akan menjadi sesuatu yang membosankan unless awak minat saya. Hekhek. Takpe, kalau bosan keluarla (keluar dari mana?). Maksud aku, exit -.-. Well, waddaya expect from orang yang tengah bosan kan?

Eh tak jadi la cerita pasal diri sendiri. Nak buat short story. Jangan maree.

Short story ni berdasarkan mimpi seram aku tadi, tapi kena edit la. Aku sebagai makhluk ganas, memang banyak jugak part ganas dalam mimpi aku. Taktahu la pesal asyik mimpi seram je. Tension sangat kot.

Well the story begin...

There was a mysterious girl in one high school in KL (which, in the dream, happened to be my previous school with some vintage effect). The school, was different from all the other school. It is dark, gloomy, and seems to have no light. But, still, it is the same school as others. Students come and go, teachers teach, sports activity and so on. Except for one thing, the mysterious girl that nobody knows where did she come from..indeed, no one knows about her except those who had seen her, by accident.

The girl was there on one unattended classroom somewhere in school. She seems to possess black magic, and was very, very dangerous. The story began when one girl stay up late until evening at the school.(The girl happened to be me). Let name the girl, Moon.

Well Moon, here, had a crush on this one boy (which happened to be one of my peer when I attended the school in real life). The fact is that I never talk to him in real life because he was my mom's student. Back to the story, he, let's name him H, (I really mustn't expose his name) was just finished his football training. Not knowing how, Moon caught sight on him. The picture I can get from the dream is that H tailing me while I climbed upstairs, and worst thing happened when the mysterious girl fetched us. There the drama began.

This girl, anonymous, was very stern-looking and dark. I don't know how or why but till now I still felt something creepy every time I imagined her face. This girl, meant to possess black magic, lock us in one smelly unused classroom. OK, what happens here is that she hypnotized us and create hallucinations. I saw scary images, blood and some more things. H, meanwhile, was being tempted to commit bad things. He approached me and try to hurt me, and I shouted there trying to wake him up. But all I did was worthless. I asked the girl to stop it. The girl told me, "If I stop him, he would be dead". But, thinking of it, if she stop him, then he could run away and save me, so I just shouted, stop him! And when she stopped him, yes, he is dead, killed by that mysterious girl.

THE END. (Tak end pun tapi mana boleh bagitahu mimpi I)

Tu je lah. Takut tak?